Sahabat Selamanya

Daisypath Friendship tickers
This Blog Was Born August 2009

Filo

Daisypath Anniversary tickers

30 November 2010

29 November 2010


Kami Lelaki

Kami Perempuan

Zizie Amalia Saiful

CupCake!
TERIMA KASIH CIKGU

Saiful Bahari

Haha
TAkde keja dah

Dua Budak Comel !

Maisarah Farhana Aisyah Amalia

=D

Nur Athirah

Siti Nor Elyza

Muhammad Hasif

Muhd Farhan

Saidatul Hafiq

Zizie Nuraizee

Muhamad NurHaziq





Dan ramai lagi,
kami semua ialah EX student di
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2
yang berada di kelas
6 Alfa!

Kami bersatu takkala sudah lama berpisah
Kenangan pada hari ini
tidak akan sirna


Credit to: ex student SKBB 2 (6Alfa)

27 November 2010

Takkala Bersama Ibu Saya ♥


ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ

Assalammualaikum
Salam ke atas kamu semua

Haha
Tertanya-tanya
Kenapa 'Bersama Ibu Saya' ?
Oke oke

27 November 2010

Jam 1900 hingga Jam 1915

Saya bersama emak
Masa itu saya sedang cari 'uban' emak
:::benda yang paling aku tak suka buat:::
Haha
Tapi saya cari jela
Dah bosan
Sedang-sedang mencari rambut yang berwarna putih itu

Emak tanya saya
"Man, nanti mak abah tak ade, sape lah nak jage kau"

saya jawab dengan perlahan
"hantar je kat pusat kebajikan"

then mak tak dengar dan mak cakap
"Ape?!Ikan?"

HAHA

Saya gelak
"Bukanlah mak, pusat kebajikan"

mak jawab
"Ah??!!KEPALE IKAN??

HAHAHA

Time tu saya gelak berdekeh-dekeh!!
takleh tahan

saya cakap
"PUSAT KEBAJIKAN!"

Mak jawab
"Oh..Rumah Kebajikan?"

saya jawab
"Ah..samelah tu"

huhu

paling lawak lah


Jam 2000 hingga Jam 2015

Saya duduk jap tunggu waktu Isyak
tiba-tiba mak datang nak lipat baju
saya pun duduk dengan tiba-tiba dan terus capai baju dan lipat
Mak cakap
"Eh?? Kenape ngankau ni?? Tiba-tiba je??"

saya Jawab
"LOh..Saje je.Tak boleh?"

Mak jawab
"takdelah..tapi tibe-tibe"

saya cakap
"Mak! Oke tak org sidai baju tadi??"

mak jawab ngan spontan
"Bolehla..mak kasi C tolak!"

haha

saya tergelak
saya jawab
"C tolak je ke?Okelah org sidai!!"




Kadang-kadang
Kita tak sedar
Mak kita sendiri
sangat sayang pada kita
Tapi??
Kita tak endah
Kita berfikir
"alaa..mak nie,,aku dah besar lah"
saya sendiri mengaku
saya pernah beranggapan macam tu
tapi kali ini
bERAZAM!
Tak nak wat lagi!!






INI IBU SAYA!
Cool tak??
haha

11 November 2010

Sudah Tiba Masa Aku Pulang Kepada Allah


ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ


Hambamu Datang Menyahut Panggilan Mu,
Ya Allah Hamba Mu Datang Menyahut Panggilan Mu.
Sesungguhnya segala Puji-Pujian Dan Nikmat dan Kerajaan
Adalah Kepunyaan Mu Yang Tiada Sekutu Baginya.

Astaghfirullah
Sangatlah Hina Hamba Mu Ini Ya Allah
Telah Banyak Dosa ku lakukan pada Mu
Ya Allah
Aku tahu
Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Engkau Ampunkanlah Dosa Hamba Mu ini
Aku takut Ya Allah
Azab Mu begitu perit sekali

Sudah Tiba Masa Aku Pulang Kepada Mu
Pada Februari 2011
Aku akan menunaikan Umrah
Aku masih tertanya-tanya?
da bersediakah aku???
da bersediakah aku untuk menghadap Allah RabbulJalil??
Sedangkan aku masih banyak Dosa

Ya Allah
Setiap hari
Dosa makin bertambah
Apa aku perlu buat?
Apa aku perlu lakukan?

Tapi aku akan pergi
Semua benda akan ku tinggal di bumi Malaysia
Dan akan pergi menemui Allah

Jika Kau takdirkan aku mati di sana
Matikanlah Ya Allah
Maka aku akan gembira Ya Allah
Jika Kau takdir aku pulang
Huh
Sedikit terkilan di hati ini Ya Allah
Aku takut
takut aku akan ulang kesalahan aku

Pada yang baca post ini
Aku mintak maaf
kalau ada salah dan silap aku lakukan pada kau
maafkanlah
Aku doakan kau akan berjaya DUNIA AKHIRAT


:::InsyaAllah:::

09 November 2010

Cinta

ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ

Assalammualaikum
terpanggil lah aku untuk buat satu entry
About = Cinta

Cinta
Apa makna cinta??

Cinta
sebuah perasaan yang sangat dihargai oleh manusia
seperti mana cintanya Siti Khadijah
kepada Rasulullah

Cinta
Sebuah perasaan yang hadir dengan izin Allah


"Suka tak kan Hadir jika tidak mengenalinya,
Sayang tidak akan hadir jika suka tiada padanya,
CINTA tidak akan hadir jika sayang dan suka tiada dalam hati
seseorang insan bernama manusia"

Cinta

1:Cinta yang hadir daripada Allah

2:Cinta yang hadir daripada Syaitan

3:Cinta Yang hadir dengan buatan manusia dengan menggunakan Jin

:::Definisi Cinta dari Al-Quran:::

Maksud cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi.

Cinta

Cinta akan hadir dengan kehendak Allah,
Allah akan memeberi perasaan ini kepada hamba Nya yang Dia kehendaki,
Maka Allah akan persatukan Hati mereka,
Dan ingat
walaupun kamu membelanjakan seleruh harta mu
nescaya kamu tidak akan peroleh cinta yang sebenar
kecuali kehendak Allah sendiri

Semakin kamu mendekati Allah
Maka lebih lah perasaan cinta yang hadir ke dalam hati mu

Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya,

cinta yang atas nama Allah,

mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.


:::LillahhiTaala:::

06 November 2010

Jangan Bersedih Saudara


ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ

:::Dengan Nama Mu Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkasihani:::

Wahai saudara
Wahai sahabat
Wahai kekasih
Wahai Muslimin dan Muslimat

Aku Hamba Allah
Saudara Hamba Allah
Sahabat Hamba Allah
Muslimin dan Muslimat Hamba Allah

Kembalilah pada Allah
Mohon lah pada Allah
Munajat lah pada Allah
Menangis lah kerana Tuhan mu Yang SATU
Yang Maha Esa
Yang Maha Agung

Janganlah kamu bersedih
janganlah kamu menangis kerana dunia
Bersedihlah dengan sederhana
Bukan tidak boleh bersedih
Bahkan Rasulullah pernah bersedih
Tetapi ingatlah
bersedih lah atas kelemahan diri sendiri
Kita semua hamba yang hina

Sebenarnya
hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya
diri ini rindu kepada Mu
tetapi
sedarkah
apabila kita bergembira
kita lupa Allah
apabila kita mendapat kejayaan
kita lupa Allah
huh

Tetapi
apabila kita keseorangan
ingatlah Allah
apabila kita sakit
ingatlah Allah
apabila kita BERSEDIH
ingatlah Allah

Mohonlah pada Allah
Menagihlah simpati pada Allah
Mohonlah kasihNya yang tidak pernah berhenti
Sesungguhnya Allah itu Maha segalanya

Terima Kasih Sahabat

ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ

Setelah berduka sekian lama
akhirnya diubati jua
sahabat yang ku rindukan dulu kala
sudah kembali sekian lama

Syukur kepada Ilahi
Allah yang Maha Esa
Maha Adil
Maha segalanya di alam semesta

Doa ku telah dimakbul oleh Nya
doa ku yang telah lama ku pinta
sudah direalisasikan jua
Alhamdulillah ku ucapkan kepada Mu
Ya Allah

Sahabatku yang sejati
dirimu bak isi dengan kuku
aku merayu
janganlah kau tinggalkan
diri ku kembali

Aku berterima kasih pada kau
kerana kau, aku kembali ceria
kerana kau, aku kembali riang
dan kerana kau juga, aku kembali pada Allah selamanya

Terima Kasih Sahabat

credit to: Maisarah Abdul Rahman

05 November 2010

Persona


PERSONA
makhluk Allah diberi nama MANUSIA
MANUSIA??
dari mana asal nya MANUSIA??

Surah As-Sajdah
ayat 7
"Yang memperindah segala sesuatu yang Dia
ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah"

Tetapi masih ada yang ragu-ragu
mengapa kita tidak bermula daripada tanah??

Surah As-Sajdah
ayat 8
"kemudian Dia menjadikan keturunannya
dari saripati air yang hina(air mani)"

PERASAAN MANUSIA
-marah-
suatu perasaan yang amat bahaya
jika perasaan ini menguasai manusia
pelbagai tindakan mahu dilakukan nya

-gembira-
suatu perasaan yang amat disukai oleh manusia
perasaan ini datang dan pergi
bila-bila masa sahaja

-suka-
suatu perasaan yang akan menyebabkan manusia
ingin menyukai sesuatu
tidak kiralah suka akan benda ataupun pada manusia sendiri

-sayang-
suatu perasaan yang akan menyebabkan manusia
ingin menyanyangi sesuatu
tidak kiralah sayang akan benda atau manusia sendiri

-memiliki-
sesuatu perasaan yang keinginan untuk memiliki
sama ada manusia ataupun benda


sedarkah wahai manusia??
semua perasaan tersebut dikawal dengan nafsu kita sendri
apabila kita makan
kita telah memeberi makan kepada nafsu kita
untuk terus menguasai diri kita

Kita semua dicipta sebagai apa?
lupakah kita??
sangatlah alpa diri ini
sangatlah hina apabila memikirkan kelemahan diri
sedarlah

Sujud lah kepada tuhan mu
sebagai mana yang telah diajarkan kepada mu
daripada utusan mu

Siapa kah utusan kita??
NABI MUHAMMAD S.A.W
ikutlah sunnah nya,,
syurga lah bagi mu semua
barang siapa yang mengikuti sunnah nya

dan INGAT!!!
REDHA ALLAH itu penting
sangatlah penting kerana itu ialah
KUNCI KITA SEMUA KE SYURGA

Assalammualaikum








p/s: maaflah juga enteri ini tidak menarik dan membosankan

Sebuah Basikal Tua

p/s: taken by NAZRULHAD HASHIM

-Assalammualaikum-

sebagai pembuka bicara,,
sebutlah kamu perkataan ini
sesungguhnya kamu semua
akan mendapat balasan pahala
dan Allah akan selamatkan ke atas kamu,,


wahai basikal
seribu satu kenangan bersama kau

Masih aku ingat sebuah basikal tu usang yang banyak berjasa kepada keluarga aku pada masa dulu-dulu.

Tinggalkan dulu perbahasan dari mana asal-usul nama basikal tua. Apa yang aku mahu ceritakan ialah kisah sebuah basikal tua milik ayah aku. Aku tidak berapa ingat kesusahan ayah aku dengan basikalnya. Seingat aku,masa aku kecil basikal itu masih ada dan masih digunakan. Basikal inilah yang menjadi kenderaan kakak dan abang aku ke sekolah.

Untuk mendapatkan sebuah basikal bagi aku yang hidup dalam sebuah keluarga yang tidak berada adalah sukar. Teringin juga untuk mendapatkan basikal sendiri tapi keluarga aku tidak mampu untuk mendapatkannya. Maklumlah pada zaman itu harga sebuah basikal ratusan ringgit. Apalah kudrat ayah aku mendapatkan

basikal dengan hanya bekerja sebagai petani. Hanya mempunyai sebuah motorsikal “second hand” dan sebuah basikal tua.Bagi kanak-kanak pada masa itu, basikal BMX merupakan basikal pilihan. BMX sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya rendah. Reka bentuknya pun agak “sporty” dengan “sport rim”nya dan lasak. Apalah bagi kami untuk mendapatkannya, sekadar mewarisi basikal tua dari seorang ayah.

Basikal tua yang berjasa ini terus berkhidmat selagi boleh digunakan. Selagi gagah kaki menghayun pedalnya selagi itulah dia berguna. Pedalnya yang pecah terus dikayuh sehingga tinggal besi. Akhirnya basikal ini diberi kepada seorang pakcik tua kerana ayah aku kesiankan dia mengayuh basikal tua yang sudah terlalu uzur. Aku masih ingat ayah aku kata, bagilah, lagipun ayah sudah ada motor. kesian dia naik basikal buruk.

Fenomena basikal BMX memaksa ayah aku mendapatkannya sebuah. Sebagai seorang ayah yang semestinya mahu melihat anak-anaknya sama seperti orang lain. Anak orang ada basikal BMX, jadi anak ayah pun ada basikal BMX. Tidaklah anak ayah terasa malu dengan kawan-kawan yang lain. Basikal ini dbeli untuk abang aku supaya senang berulang-alik ke sekolah. Masa tu kalau tak silap aku pun masa abang aku sudah darjah enam. Pengorbanan seorang ayah mendapatkan sebuah basikal itu tidak ternilai. Sebagai anak-anak yang tidak tahu penat lelah seorang ayah, hanya gembira kerana mendapat apa yang diidamkan.

BMX inilah pula menjadi harta warisan dari seorang abang kepada adik.Masa sampai giliran warisan kepada aku, basikal itu dah pun pudar warnanya.

Kalau dulu ramai berbasikal ke sekolah. Pagi-pagi semua kayuh basikal. Ada yang lambat ke sekolah termengah-mengah mengayuh basikal supaya sampai sebelum pagar sekolah ditutup. Lama-kelamaan budaya berbasikal kian hilang. Sekarang ini, untuk melihat seorang budak sekolah kayuh basi

kal ke sekolah boleh dikatakan tidak ada. Semua dihantar dengan kenderaan bermotor. Kadang-kadang yang sekolah rendah pun ada yang membawa motor sendiri.

Keseronokan dan kesusahan yang dilalui generasi terdahulu tidak lagi dapat dikecapi oleh generasi baru. Apa boleh buat sebab kita harus mengikuti arus kemodenan. Dan kesusahan yang dilalui pada zaman ini sudah berbeza dengan zaman basikal tua. Namun aku bersyukur dengan pengalaman yang aku diberi peluang untuk mengecapinya. Pengalaman hidup di masa basikal tua mengajar aku sebuah kehidupan yang tidak terdapat dalam buku pelajaran di mana-mana universiti. Inilah cerita yang akan diturunkan kepada anak cucu supaya tahu menghargai kesusahan, pengorbanan dan pengalaman agar kita tidak menjadi bongkak dan angkuh di atas dunia yang sekejap ini…


p/s : +cerita ini sebuah karya daripada hamba Allah+


04 November 2010

Sahabat Tercinta

Berkawanlah ibarat sepohon pokok,


yang berakarkan kesetiaan,

berbatangkan keikhlasan,

berdahankan kejujuran,


berantingkan kesefahaman dan

berdaunkan kasih syg


dan bukan kerna nafsu


Satu ketika dahulu,,
terdapat seorang sahabat ku yang sangat diperlukan dalam hayat ku,,
huh~
sahabat yang sangat memahami hati ku ini,,
dan tidak pernah lupa untuk mengingatkan aku pada Allah Rabbul Alamin,,
persahabatan yang suci ini sering disulami kasih daripada Tuhan,,
kami berjanji untuk menjaga persahabatan yang suci ini,,
entah mengapa kini,,
kasih itu hilang,,
tidak hilang dihati aku tetapi hilang dihati sahabat,,
aku sering tertanya-tanya??
apakah salah aku yang aku lakukan sampai sahabat sanggup melupakan aku??
kenapa??
apa salah ku sahabat??
Maafkanlah aku jika aku ada tersilap padamu,
sahabat selalu nasihat kan pada aku,,
tiada siapa yang sempurna dalam kehidupan ini di sisi Allah,,
hanya Rasulullah Habibullah S.A.W sahaja yang sangat sempurna di sisi Allah,,,
aku juga begitu,,
tidak pernah sempurna di sisi Allah,,
tetapi,,
apakah salah ku??
nyatakan lah sahabat,,
aku amat memerlukan jawapan itu,,
supaya dengan jawapan itu,,,
aku dapat ubah diri ku,,

Ketahuilah wahai sahabat,,
aku tidak pernah lupa kenangan aku bersama kau,,
pahit manis,,
kita tempuh bersama,,
aku harap,,
kau tidak akan pernah lupa itu semua,,
Aku amat menyayangi sahabat ku,,
Semoga Allah memelihara persahabatan kita dan dirimu,,

-Jazakillah Khairan Kasiran ya sadiqi-