Sahabat Selamanya

Daisypath Friendship tickers
This Blog Was Born August 2009

Filo

Daisypath Anniversary tickers

15 Disember 2010

Tangisan Hakiki




Assalammualaikum
Sudah lama tidak mencoret sesuatu di blog ini

Tangisan buat kali kedua
dalam hidup ku
tangisan yang sama aku rase di sekolah tempoh hari
tangisan yang penuh dengan keinsafan
seorang pun tidak tahu mengapa aku menitis kan air mata
hanya allah sahaja yang tahu
di sekolah
aku pengsan disebabkan tangisan aku kerana Allah
Subhanallah
aku sangat lemah Ya Allah
Sangat hina-dina

Aku tidak pernah ceritakan masalah aku pada keluarga aku
aku tidak pernah ceritakan masalah aku pada kawan-kawan aku
meskipun rakan baik ku
Ahmad Naqib
Maisarah
Amalia
tidak pernah sekali pun

Aku tak nak cerita sebab aku tak nak ibu bapa aku susah
aku tak nak kawan-kawan aku susah
aku dah jauh tersasar dari Allah
sangat jauh
terlalu jauh

walaupun aku lupa Allah
Allah tidak pernah lupa aku
Allah terus beri kehidupan pada ku
aku tidak sedar
itu semua satu anugerah dari Allah
dan hari ini
aku masih bernafas
bernafas disebabkan kuasa Allah
tetapi
aku kufur nikmat Allah
Ya Allah
Sangat hina aku pada mu Ya Allah

Cinta
Cinta aku pada Allah
Cinta aku pada Rasulullah
Cinta aku pada keluarga
Cinta aku pada saudara
Cinta aku pada kawan
dan
Cinta aku pada seorang insan yang bergelar kekasih

Ya Allah
aku mohon pada mu Ya Allah
berikanlah cinta mu pada ku supaya aku dapat mencintai orang lain
dan aku tahu
cinta yang sebenar cinta yang dapat menjauhkan sesorang itu dari api neraka

Kawan-kawan
Bantu aku ya ?
bantu aku supaya aku dapat dekatkan pada Allah

InsyaAllah
Terima kasih semua