Sahabat Selamanya

Daisypath Friendship tickers
This Blog Was Born August 2009

Filo

Daisypath Anniversary tickers

18 September 2011

Semoga Di Mudah Kan Untuk nya

Ya Allah
Aku perlu kan abah dalam hidup ku
Aku belum sempat untuk mencurah bakti pada nya
banyak dosa aku pada abah
belum sempat aku minta maaf

Ya Allah
Abah banyak beri aku tunjuk ajar dalam liku kehidupan
dia cakap
"man , along angah dah ada keluarga sendiri . Sekarang ni tinggal man je .
Man belajar lah rajin rajin . sekarang ni orang pandai pandai . abah cuma boleh tolong pasal
kewangan . selebihnya man yang tentu kan "


Ya Allah
Abah dulu susah .
dia selalu berulang alik ke Kuala Lumpur untuk pergi ke kerja .
setiap hari .
itu lah rutin beliau .
dia tak pernah penat untuk memberi kami sekeluarga makan
dia berusaha tanpa pernah mengeluh
kepenatan yang mengajar dia hidup secara sederhana

Ya Allah
Kini abah dah mewah .
Semua yang abah berikan pada kami sekeluarga .
begitu mewah .
abah cuma nak tengok kami sekeluarga bahagia .
itu yang dia impikan dalam keluarga nya .

Ya Allah
Penat lelah . membawa kepada kejayaan dia pada hari ni .
tetapi . . . .

Abah ada sakit jantung .
abah simpan kesakitan dia demi keluarga
tak pernah dia mengadu sakit .
tak pernah sekali pun .

Ya Allah
belum sempat aku beri kan kejayaan dia
Janganlah Engkau ambil nyawa nya
aku begitu memerlukan abah dalam hidup aku
abah selalu bimbing aku
walaupun dia selalu marah aku
tetapi aku tahu
dia sayang kami tiga beradik
dia nak anak anak nya berjaya
supaya bila dia tiada . kami dah berjaya

Kalau abah pergi .
macam mana kami sekeluarga ?
abah idola kami

Emak ada cerita
sebelum abah masuk wad
abah ada mimpi
abah mimpi ada kubur kosong

Ya ALLAH
Air mata tak berhenti mengalir
begitu sayu sekali emak cerita
abah kekuatan emak
emak perlukan abah sangat
emak cakap
apabila mereka nikah
emak cakap inilah suami aku akhir hayat .

Ya Allah
aku memoon pada Mu Ya Allah
kau selamatkanlah abahku
permudahkan pembedahan beliau Ya Allah

Amin


Semoga semua nya selamat . InsyaAllah

16 September 2011

Hashim Isa . Kau Permata

abah aku
bukan d lahirkan
dalam keluarga yang senang
dan tidak juga susah
sederhana katanya
dalam kamus hidup abah
hidup kita bukan susah
cukup semuanya
cuma tidak mewah
abah bahagia
dengan kata2nya
dan ayat itulah
yang aku jdikkan pegangan
utk hidup serba sederhana
dan bahagia
abah aku
punya banyak idea
banyak ilmu
cume mungkin
takdir hidupnya
kepayahan di jalani
dan di akhiri dengan
kemanisan

dulu
masa aku kecik
aku ingat sgt2
abah selalu amik upah
pasang telefon
rumah orang
abah selalu jual kasut
abah selalu jdik pengadil bola
mcm2 keja abah buat
untuk tambah pendapatan keluarga
kerana
masa tue abah
hanyalah seorang buruh

dulu
orang selalu
kata abah mcm keling
abah x handsome
abah xde pangkat
kulit abah hitam
tapi abah masih
sayang pada
orang2 itu
padanya itu semua hanyalah gurauan
terlalu banyak
cas +ve dalam diri
abah yg cuba aku
warisi

dulu
abah naik motor kapcai
kalau nak pegi rumah atok
kita org naik motor 4 beranak
sbb nak jimatkan
duet minyak keta rm5
sbb nak antau kita orang gie sekolah
betapa jimatnya
abah demi keselesaan anak2

dulu
abah ada kereta
kereta FIAT uzur warna merah
abah pernah cerita
ekzos kereta tercabut di tengah jalan
tanpa rasa segan abah kutip balik
kereta berasap2 d tengah jalan
mak selamatkan kita org
keluar dr kereta
tapi abah bangga sebab
punya kereta
untuk bawa kami sekeluarga
jalan-jalan
tanpa berpanas dan berhujan

hmm..
terlalu banyak cerita ttg abah
kepayahan abah
tapi yang
nyata
kepayahan yang abah lalui
tanpa keluhan
dan akhirnya
yang ESA anugerahkan
kehidupan yang manis
untuk hari ini
atas usaha abah
yang tidak pernah kenal erti jemu
kini abah
dapat rasa berada d atas
dapat rasa mengelilingi dunia
dapat rasa pacuan 4 roda yg mewah
dapat rasa gaji 5 angka
kerana
abah sentiasa yakin tentang takdir hidup
adalah yang terbaik buatnya

29 Ogos 2011

Ramadhan Pergi Kembali


Assalammualaikum w.b.t
salam sejahtera


Seperti semalam .
Ramadhan baru datang kepada kita .

Bulan yang penuh keberkatan .
Bulan yang penuh rahmat .

Semua insan . mengharapkan perubahan atas dirinya
perubahan yang lebih baik .
Pasti .

Perginya Ramadhan .

Datang pula Syawal .

Bulan dimana . diberikan kemenangan bagi orang yang berpuasa .
dimana . pada bulan ini .
semua kaum . tak kira bangsa apa pun .
meraikan kedatangan Syawal .

Syawal juga dapat merapatkan silaturrahim .
Selain itu dapat membentuk ukhwah yang kuat .





RAYA



-"Yeay ! Yeay ! Raya dah dekat ! nanti boleh dapat duit bayak banyak ! nanti boleh beli macam macam"-

Seem Familiar rite ? haha .
ungkapan yang sering diungkapkan oleh golongan kanak kanak .
kita dulu semua macam ni juga . zaman ini susah untuk dilupakan .
dimana kita bersama sama kawan kawan . jalan jalan pergi raya rumah orang .
datang rumah . dapat duit . balik terus . haha .
rraya nak duit je kan kita dulu ?

tetapi sekarang kita dah matang .
zaman dahulu . membuat kita tersenyum sendiri apabila melihat gelagat kanak kanak zaman sekarang .
kenangan tersebut . sukar untuk sirna .
:)


-"Tahun ni nak baju berapa pasang ? warna apa ? nak beli awal ke lambat lambat ? Ish . susah lah !"-

Situasi yang sering berlaku sebelum menjelang Aidilfitri .
macam macam nak beli kan ?
rambang gila mata ni . tak tahu nak pilih yang mana .
pilih lah yang paling terbaik untuk kita .
yang membuat kita tak menyesal beli yang kita pilih tu .
kalau tak . tak ke membazir tu .
ish

AidilFitri

tahu tak makna nya ?
makna nya
kita kembali kepada fitrah yang asal .
dimana pada bulan ramadhan .
kita sering bertaubat . melakukan ibadah . membuat baik .
dosa dosa dahulu terampun . dan di aidilfitri lah kita kembali kapada fitrah .
maka . janganlah kembali kepada perangai dahulu .
Ramadhan lah yang mendidik kita supaya memperbanyak kan amal .
Ramadhan juga bulan latihan .
oleh itu . mari bersama kembali kepada fitrah kita .

Walauapapun . Raya tetap raya !


SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN BLOGGER !


01 Ogos 2011

Ramadhan Bulan Ibadah


Assalammualaikum w.b.t

Perginya Syaaban
Datang pula Ramadhan

Bulan untuk semua
bahkan yang bukan Islam turut merasai kedatangan ramadhan

Ramadhan
Bulan penuh kerahmatan
di mana . terdapat nya Malam Lailatul Qadar
terdapat Solat terawih

dimana bulan ini juga
setiap amalan manusia diperganda kan pahalanya .

dan bulan ini dituntut umat Islam untuk Berpuasa

PUASA

-Sekarang ni tengah puasa lah ni . lapar weh .-

ungkapan yang sering kita dengar
memang lah kita akan lapar .
saya sendiri sedang lapar .
tetapi
KELAPARAN tu merupakan pengorbanan kita untuk
ALLAH S.W.T

Seronok kan dapat berkorban demi seseorang
bahkan ini Allah . lagi seronok

-Wah . hari ni aku nak beli banyak makanan . macam macam aku nak beli-

bulan ramadhan ye ada bazaar ramadhan kan ?
mesti korang nak beli macam macam

WAIT !
STOP !
jangan membazir . beli sekadar keperluan okay ?
percayalah . korang beli banyak banyak .
susah nak abeskan . lain lah kalau saiz kapasiti perut korang muat kan .

-Allah . Penat nya bulan puasa ni . aish .. -

Hey come on lah . penat ke berpuasa ?
*memanglah penat
tapi cuba korang bayangkan .
zaman rasulullahh s.a.w
siap berperang masa bulan ramadhan . diaorang semua bukan penat . malah bertambah semangat .
sebab apa ?
sebab diaorang yakin dengan janji Allah
renungkan . :DD

-makcik siti : aish . budak zaman sekarang . bulan puasa pun nak merompak . apa nak jadilah aku pun tak tahu .-

pelik kan ? yelah . bulan puasa mana ada syaitan laknatullah .
aku tahu korang dah tahu punca benda benda ni berlaku .
sebab apa ?
NAFSU

ok . like this . sebelum datang bulan ramadhan . syaitan ada .
nafsu pun ada .
so syaitan merupakan penggerak nafsu kita .
tapi bila syaitan takde pon . benda macam ni berlaku .
so kita lah yg mengerakkan nafsu tu

Oleh itu . buat sesuatu tu . jangan lah ikut nafsu . faham ?

Kesimpulan nya



SELAMAT BERPUASA :D
Puasa jangan tak puasa .


12 Jun 2011

Dengan Izin Allah , Pasti Berlaku

Assalammualaikum w.b.t

Kepada Pelajar SBPI Selandar

Selamat Pulang Ke Asrama

Semoga Kita Menjadi Yang terbaik dari Semester Yang Lalu :D

InsyaAllah

Hati hati di Jalan Raya

02 Jun 2011

Ibu Bapa Segalanya


Assalammualaikum w.b.t

dah lama jari ni tak menari atas keyboard
:D

Ibu Bapa

Semua ada ibu bapa .
tapi . ada sestengah dari kita . tiada ibu bapa .
kesian
macam mana lah diaorang survive hidup diaorang kan ?

Korang pernah terfikir tak ?
hidup tanpa ibu dan bapa ?
mesti sangat susah .
sebab diaorang lah yang selalu bersama kita .
ya ! sekarang boleh lah korang cakap yang korang sayang awek or pakwe korang
sebab korang tak rasa kehilangan ibu bapa .

cuba fikir sejenak .
tiada ibu bapa kita .
tiada lah kita yang sekarang hidup di dunia ni .

kalau ibu bapa kita takda
dekat siapa kita nak mengadu ?
awek ?
pakwe ?
kawan ?
sahabat ?
cikgu ?
huh ! korang cuma boleh mengadu saja . tetapi tindakan selanjut nya ?
tiada kan ? diaorg hanya boleh dengar je .
tapi kalau ibu bapa kita .
korang mengadu . diaorang tak putus putus beri nasihat . kan ?

korang sedar tak ?
apa yang selama ni ibubapa kita buat .
SEMUA NYA !
untuk kebaikan kita sendiri .
untuk kebahagian kita sendiri .

cuba bayang kan
kalau ibu bapa kita tiada .
siapa nak beri makan minum kita ?
siapa nak bayar yuran yuran segala macam tu ?

ibubapa kita .
tak pernah minta kita apa apa .
kejayaan dunia akhirat yang mereka ingin untuk kita semua .
didikan diaorang untuk kita berjaya .
sikit pun diaorang tak pernah penat untuk jaga kita semua .

cubalah bayang .
macam mana kalau sekarang . ibu bapa kita tiba tiba pergi tinggal kan kita ?
apa kita nak buat ? nak menangis sampai keluar air mata darah ?
kita buat macam tu . diaorang tetap pergi menemui Nya .
tak sempat kita nak minta maaf kan ?
kita selau leka .
selalu lawan cakap diaorang .
dah tak sempat dah .
kadang kadang kita malu nak minta maaf kat ibu bapa semasa hayat nya .
kita selau tunggu hari raya baru minta maaf .
tak salah kita minta maaf kat diaorang selalu .
malah Allah lebih suka .

Aku tak sanggup kehilangan mereka .
siapa yang sanggup ?

ingat lah .

Ibu bapa segalanya bagi kita .
dan ingat lah perngobanan mereka terhadap kita dari kecil sampai kita dah berjaya sekarang .
korang tak kan dapat balas jasa diaorang .

maka . setiap hari . kita doakan kebahagian diaorang dunia dan akhirat .

Ibu Bapa Segalanya . . .

02 Mei 2011

Selamat Pulang

Assalammualaikum w.b.t

Selamat Pulang Kepada Saya Dan Para Pelajar SBPI Selandar

Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama

Insya Allah :)

30 April 2011

Kawan Beribu , Sahabat Hanya Satu :)

Assalammualaikum w.b.t

Kenyataan tersebut .
memberikan seribu satu makna
dalam kehidupan bersahabat .


Kawan

Kadang kadang baik ,
kadang kadang jahat ,

kadang kadang manis berbicara ,
belakang . . pahit diluahkan .

kadang kadang ambil berat
kadang kadang diabaikan ,

adakala bermanis muka
adakala bermasam muka ,

adakala saling membantu
adakala diabakan juga ,

adakala baik bahasa
adakala makian dileparkan ,

tapi itulah kenyataan .


Sahabat :)
sentiasa bersama
sentiasa setia bersama
sentiasa memahami

tidak pernah berkasar
tidak pernah menipu
tidak pernah memberi beban

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Sahabat . kawan .
Lain erti nya

kawan mudah di cari . mana mana kita boleh dapat kawan .
tetapi . sahabat .
amat sukar di cari kerana itu adalah sesuatu kurniaan Allah kepada kita

jika sudah mempunyai sahabat . jagalah mereka .
dan doalah kesejahteraan dia .
supaya persahabatan akan kekal hingga lah ke syurga kelak .

InsyaAllah . :)




28 April 2011

Maaf kan Aku

Assalammualaikum w.b.t

Nothing too say .
Just apologize too all student Sbp Integrasi Selandar

Thank You

14 Mac 2011

SBPI Selandar .


Assalammualaikum w.b.t

SBPI Selandar
Sekolah baru ku .
Dunia baru ku .
Semuanya baru lah .
haha

Sekolah yang berprestij tinggi ini .
menjadi tempat hijrah ku dari Sultan Muhammad .

Pelajar pelajar nya yang berdedikasi lagi berakhlak mulia . [ceh]
semuanya ramah ramah belaka .
banyak benda baru yang aku belajar di sana .

Pertama kali aku menjejak kan di sekolah ini .
rasa berdebar debar .
jantungku berkocak laju .
yelah . sekolah baru lah kata kan .
yang buat aku tak biasa .
sebab ada pelajar perempuan .
haha .
tak biasa lansung !
kekok nak mati .
tapi tapa .
aku cuba untuk menyesuaikan diri .

4 Einstein
kelas ku .
pelajar nya riang riang belaka .
terutamanya ada dua orang pelajar yang sgt hyperaktif perangainya
Shabirin
dan
Hakimi
haha .
Lawak seh dua orang ni .
duduk nan mereka ,
boleh pecah perut . haha

Pelajar yang lain .
semuanya ok .
tetapi ada seorang x ok .
Syafiq basiron a.k.a badak basiron
perangai nya sangat luar biasa .
ntahlah .
sangat luar biasa .

haha .

Pelajar lain .
semuanya baik baik belaka .
tak kusangka .
==

Kepada pelajar yang lain .
tegurlah aku jika aku ada buat salah .
aku masih baru di sekolah ini .
kita sama sama tegur ok ?
terima kasih !

credit to ; para pelajar sbpi selandar melaka

07 Februari 2011

Berpisah Akhirnya .






Assalammualaikum
Ya Allah .
Ujian bagi ku
tidak lah seberapa berat .
tetapi aku tak sanggup untuk menghadapi pada mula nya
tetapi .
pasti ada hikmah di sebaliknya
ya !
pasti !

Ahmad Naqib Bin Baharom

kawan.
Terlalu banyak kenangan antara aku dan kau
terlalu banyak
apabila dikenang semula
senyuman dibibir terukir dengan sendirinya .

Selama 10 tahun kita bersama
banyak dugaan kita tempuh kan kawan ?
kau perasaan tak ?
tetapi .
bagi aku .
inilah dugaan paling besar dalam hidup ku buat masa ini .
aku terpaksa rela kan hati
aku
dan aku terpaksa untuk terima kau pergi
aku tahu . ini impian kau .
juga impian aku .

Kau ingat tak aku cakap dulu ?

"Naqib , kalaulah aku dapat Mozac then kau xdapat ,
aku x pindah oke . tapi taktahulah kau macam mane kan ? hee "

pada masa tu gelak tawa kita xpernah sunyi .
gurauan saling bertukar - tukar .

dia jawab :
"kalau macam tu kalau aku dapat then kau xdapat . aku xpindah la"


tetapi .
sebaliknya berlaku .
aku tak salahkan kau .
aku xsalahkan siapa - siapa .
aku tahu .
ini impian kau dari dulu untuk masuk mozac .

masa kau beritahu aku yang kau dapat tawaran .
baliknya aku terus cek peti surat dan cek by online.
aku hampa .
air mata aku mengalir . tanpa henti .
huh .
tetapi aku terpaksa akur dengan apa yg jadi .

Kau ingat tak dulu .
kita selalu share masalah .
kau selalu beri aku nasihat bila aku ade masalah .
tak pernah kau hampakan aku walaupun sekali
kau sangat memahami aku .

Kau mesti ingat kan ?
kita selalu gurau gila - gila kan ?
(^^)
kau tak pernah ambil hati apa yg aku cakap
kau xpernah marah aku even aku gurau kasar nan kau

tetapi naqib .....
itu semua dulu .
tetapi kini
kau di sekolah baru .
ditempat baru .
kawan baru .
impian kau dah tercapai
Alhamdulillah
aku bangga dengan kau

Naqib .
aku harap kau tak pernah lupa persahabatan kita .
seriously

Aku sayang kau Naqib .
Doa jelah yang dapat aku sampaikan pada kau di sini
Semoga impian kau berjaya disana

Semoga kau berjaya disana kawan
Aku akan rindu kau

06 Januari 2011

4 Sains II




Assalammualaikum
Bismillahhirahmannirrahim

4 Sains II
haha
kelas yang ku impikan sejak di tingkatan satu
act
takdelah sains II
tapi aku nak masuk sains I
sebab abang sedara aku
Muhammad Halim Hamdan
yang tersayang
haha
dia masuk sains I jadi
aku pun nak masuk kelas tu !
tapi
tak ada rezeki
takpelah
sume same je kan ?



tetapi !
Ahmad Naqib Baharom
masuk sains I
maka terpisahlah kami
buat masa PNP
rehat jumpa balik !
haha

tapikan ?
kan .
kan . kan.
kelas saya terbaik !


sebab ada Khairul Amri
penyeri kelas kami
dari 4 sains I
sunyi sepi aja
suasana belajar dapat sangat dirasai apabila kamu berada disitu

Guru kelas kami
Cikgu baru !
haha
lagi la best !
muda lak tu . from Kelantan
budak - budak ni suma suka lah

huhu

Azam saya 2011 ini
Mahu membuktikan bahawa 'Add math' itu tidak susah
haha
azam yang sama dengan ahmad naqib
hope azam kami tercapai

InsyaAllah

01 Januari 2011

2010 Yang Begitu Bermakna ♥


ﺒﺴﻡﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ

assalammualaikum
salam sejahtera !
sangat rindu blog ini .
sudah berhabuk !
fuh ! =.=

2010
sangat banyak kenangan
tidak kiralah
sweet or sour or bitter
tetapi
setiap kenangan itu
sangat mendominasi aku
untuk terus berjaya dan berjaya


tidak banyak
hanya sedikit kejayaan yang diperoleh dalam tahun 2010
kejayaan yang sangat bermakna
hmm . . .
kejayaan yang terbesar ku
full success in P.M.R
just 7A1B1C

dan kenangan pahit
sangat pahit
hingga terpaksa aku muntahkan balik keluar
yelah
terlalu pahit kan ?
^^


Kepada

Juliza
Mardhiahtun Najihah

kamu berdualah akak angkat saya
yang terbaik !
sayang korang !

Kepada

Nazrulhad Hashim
Nurfarzila Hashim

terima kasih banyak banyak
korang lah abang dan akak ku
yang TERBAIK !

Kepada

Hashim Isa
Jailah Jelani

Saya minta maaf
saya anak yang sangat tidak sempurna
kamu berdua lah insan yang paling penting dalam kehidupan ku

Kepada

Ahmad Naqib

Thanks ya ? =D
kaulah sahabat aku paling aku sayang
dan masuk tahun baru ni
10 tahun perkenalan kita
terima kasih banyak
honestly
tidak sanggup berpisah dengan kau

Kepada

semua yang mengenali diri aku
maaf dan terima kasih aku ucapkan

2010
i'm gonna miss u !