Sahabat Selamanya

Daisypath Friendship tickers
This Blog Was Born August 2009

Filo

Daisypath Anniversary tickers

18 September 2011

Semoga Di Mudah Kan Untuk nya

Ya Allah
Aku perlu kan abah dalam hidup ku
Aku belum sempat untuk mencurah bakti pada nya
banyak dosa aku pada abah
belum sempat aku minta maaf

Ya Allah
Abah banyak beri aku tunjuk ajar dalam liku kehidupan
dia cakap
"man , along angah dah ada keluarga sendiri . Sekarang ni tinggal man je .
Man belajar lah rajin rajin . sekarang ni orang pandai pandai . abah cuma boleh tolong pasal
kewangan . selebihnya man yang tentu kan "


Ya Allah
Abah dulu susah .
dia selalu berulang alik ke Kuala Lumpur untuk pergi ke kerja .
setiap hari .
itu lah rutin beliau .
dia tak pernah penat untuk memberi kami sekeluarga makan
dia berusaha tanpa pernah mengeluh
kepenatan yang mengajar dia hidup secara sederhana

Ya Allah
Kini abah dah mewah .
Semua yang abah berikan pada kami sekeluarga .
begitu mewah .
abah cuma nak tengok kami sekeluarga bahagia .
itu yang dia impikan dalam keluarga nya .

Ya Allah
Penat lelah . membawa kepada kejayaan dia pada hari ni .
tetapi . . . .

Abah ada sakit jantung .
abah simpan kesakitan dia demi keluarga
tak pernah dia mengadu sakit .
tak pernah sekali pun .

Ya Allah
belum sempat aku beri kan kejayaan dia
Janganlah Engkau ambil nyawa nya
aku begitu memerlukan abah dalam hidup aku
abah selalu bimbing aku
walaupun dia selalu marah aku
tetapi aku tahu
dia sayang kami tiga beradik
dia nak anak anak nya berjaya
supaya bila dia tiada . kami dah berjaya

Kalau abah pergi .
macam mana kami sekeluarga ?
abah idola kami

Emak ada cerita
sebelum abah masuk wad
abah ada mimpi
abah mimpi ada kubur kosong

Ya ALLAH
Air mata tak berhenti mengalir
begitu sayu sekali emak cerita
abah kekuatan emak
emak perlukan abah sangat
emak cakap
apabila mereka nikah
emak cakap inilah suami aku akhir hayat .

Ya Allah
aku memoon pada Mu Ya Allah
kau selamatkanlah abahku
permudahkan pembedahan beliau Ya Allah

Amin


Semoga semua nya selamat . InsyaAllah

2 ulasan:

  1. Tn. Hj. Hashim org baik, ramai org senang & suka dgnnya. Orgnya amat low profile w/pun dia antara org kanan CM & b'jaya membawa PPMSB sbg sykt krjn negeri yg b'jaya. Semoga beliau kembali sembuh & cergas spt dahulu. Melaka masih memerlukan khidmat Tn. Hj. Hashim.
    Seluruh warga Yayasan Melaka amat menghormati & menghargai Tn. Hj. Hashim

    BalasPadam
  2. dugaan dari tuhan :(
    sory to intefere..im just feel sorry for hear .

    BalasPadam