Sahabat Selamanya

Daisypath Friendship tickers
This Blog Was Born August 2009

Filo

Daisypath Anniversary tickers

18 September 2011

Semoga Di Mudah Kan Untuk nya

Ya Allah
Aku perlu kan abah dalam hidup ku
Aku belum sempat untuk mencurah bakti pada nya
banyak dosa aku pada abah
belum sempat aku minta maaf

Ya Allah
Abah banyak beri aku tunjuk ajar dalam liku kehidupan
dia cakap
"man , along angah dah ada keluarga sendiri . Sekarang ni tinggal man je .
Man belajar lah rajin rajin . sekarang ni orang pandai pandai . abah cuma boleh tolong pasal
kewangan . selebihnya man yang tentu kan "


Ya Allah
Abah dulu susah .
dia selalu berulang alik ke Kuala Lumpur untuk pergi ke kerja .
setiap hari .
itu lah rutin beliau .
dia tak pernah penat untuk memberi kami sekeluarga makan
dia berusaha tanpa pernah mengeluh
kepenatan yang mengajar dia hidup secara sederhana

Ya Allah
Kini abah dah mewah .
Semua yang abah berikan pada kami sekeluarga .
begitu mewah .
abah cuma nak tengok kami sekeluarga bahagia .
itu yang dia impikan dalam keluarga nya .

Ya Allah
Penat lelah . membawa kepada kejayaan dia pada hari ni .
tetapi . . . .

Abah ada sakit jantung .
abah simpan kesakitan dia demi keluarga
tak pernah dia mengadu sakit .
tak pernah sekali pun .

Ya Allah
belum sempat aku beri kan kejayaan dia
Janganlah Engkau ambil nyawa nya
aku begitu memerlukan abah dalam hidup aku
abah selalu bimbing aku
walaupun dia selalu marah aku
tetapi aku tahu
dia sayang kami tiga beradik
dia nak anak anak nya berjaya
supaya bila dia tiada . kami dah berjaya

Kalau abah pergi .
macam mana kami sekeluarga ?
abah idola kami

Emak ada cerita
sebelum abah masuk wad
abah ada mimpi
abah mimpi ada kubur kosong

Ya ALLAH
Air mata tak berhenti mengalir
begitu sayu sekali emak cerita
abah kekuatan emak
emak perlukan abah sangat
emak cakap
apabila mereka nikah
emak cakap inilah suami aku akhir hayat .

Ya Allah
aku memoon pada Mu Ya Allah
kau selamatkanlah abahku
permudahkan pembedahan beliau Ya Allah

Amin


Semoga semua nya selamat . InsyaAllah

16 September 2011

Hashim Isa . Kau Permata

abah aku
bukan d lahirkan
dalam keluarga yang senang
dan tidak juga susah
sederhana katanya
dalam kamus hidup abah
hidup kita bukan susah
cukup semuanya
cuma tidak mewah
abah bahagia
dengan kata2nya
dan ayat itulah
yang aku jdikkan pegangan
utk hidup serba sederhana
dan bahagia
abah aku
punya banyak idea
banyak ilmu
cume mungkin
takdir hidupnya
kepayahan di jalani
dan di akhiri dengan
kemanisan

dulu
masa aku kecik
aku ingat sgt2
abah selalu amik upah
pasang telefon
rumah orang
abah selalu jual kasut
abah selalu jdik pengadil bola
mcm2 keja abah buat
untuk tambah pendapatan keluarga
kerana
masa tue abah
hanyalah seorang buruh

dulu
orang selalu
kata abah mcm keling
abah x handsome
abah xde pangkat
kulit abah hitam
tapi abah masih
sayang pada
orang2 itu
padanya itu semua hanyalah gurauan
terlalu banyak
cas +ve dalam diri
abah yg cuba aku
warisi

dulu
abah naik motor kapcai
kalau nak pegi rumah atok
kita org naik motor 4 beranak
sbb nak jimatkan
duet minyak keta rm5
sbb nak antau kita orang gie sekolah
betapa jimatnya
abah demi keselesaan anak2

dulu
abah ada kereta
kereta FIAT uzur warna merah
abah pernah cerita
ekzos kereta tercabut di tengah jalan
tanpa rasa segan abah kutip balik
kereta berasap2 d tengah jalan
mak selamatkan kita org
keluar dr kereta
tapi abah bangga sebab
punya kereta
untuk bawa kami sekeluarga
jalan-jalan
tanpa berpanas dan berhujan

hmm..
terlalu banyak cerita ttg abah
kepayahan abah
tapi yang
nyata
kepayahan yang abah lalui
tanpa keluhan
dan akhirnya
yang ESA anugerahkan
kehidupan yang manis
untuk hari ini
atas usaha abah
yang tidak pernah kenal erti jemu
kini abah
dapat rasa berada d atas
dapat rasa mengelilingi dunia
dapat rasa pacuan 4 roda yg mewah
dapat rasa gaji 5 angka
kerana
abah sentiasa yakin tentang takdir hidup
adalah yang terbaik buatnya

29 Ogos 2011

Ramadhan Pergi Kembali


Assalammualaikum w.b.t
salam sejahtera


Seperti semalam .
Ramadhan baru datang kepada kita .

Bulan yang penuh keberkatan .
Bulan yang penuh rahmat .

Semua insan . mengharapkan perubahan atas dirinya
perubahan yang lebih baik .
Pasti .

Perginya Ramadhan .

Datang pula Syawal .

Bulan dimana . diberikan kemenangan bagi orang yang berpuasa .
dimana . pada bulan ini .
semua kaum . tak kira bangsa apa pun .
meraikan kedatangan Syawal .

Syawal juga dapat merapatkan silaturrahim .
Selain itu dapat membentuk ukhwah yang kuat .





RAYA



-"Yeay ! Yeay ! Raya dah dekat ! nanti boleh dapat duit bayak banyak ! nanti boleh beli macam macam"-

Seem Familiar rite ? haha .
ungkapan yang sering diungkapkan oleh golongan kanak kanak .
kita dulu semua macam ni juga . zaman ini susah untuk dilupakan .
dimana kita bersama sama kawan kawan . jalan jalan pergi raya rumah orang .
datang rumah . dapat duit . balik terus . haha .
rraya nak duit je kan kita dulu ?

tetapi sekarang kita dah matang .
zaman dahulu . membuat kita tersenyum sendiri apabila melihat gelagat kanak kanak zaman sekarang .
kenangan tersebut . sukar untuk sirna .
:)


-"Tahun ni nak baju berapa pasang ? warna apa ? nak beli awal ke lambat lambat ? Ish . susah lah !"-

Situasi yang sering berlaku sebelum menjelang Aidilfitri .
macam macam nak beli kan ?
rambang gila mata ni . tak tahu nak pilih yang mana .
pilih lah yang paling terbaik untuk kita .
yang membuat kita tak menyesal beli yang kita pilih tu .
kalau tak . tak ke membazir tu .
ish

AidilFitri

tahu tak makna nya ?
makna nya
kita kembali kepada fitrah yang asal .
dimana pada bulan ramadhan .
kita sering bertaubat . melakukan ibadah . membuat baik .
dosa dosa dahulu terampun . dan di aidilfitri lah kita kembali kapada fitrah .
maka . janganlah kembali kepada perangai dahulu .
Ramadhan lah yang mendidik kita supaya memperbanyak kan amal .
Ramadhan juga bulan latihan .
oleh itu . mari bersama kembali kepada fitrah kita .

Walauapapun . Raya tetap raya !


SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN BLOGGER !


01 Ogos 2011

Ramadhan Bulan Ibadah


Assalammualaikum w.b.t

Perginya Syaaban
Datang pula Ramadhan

Bulan untuk semua
bahkan yang bukan Islam turut merasai kedatangan ramadhan

Ramadhan
Bulan penuh kerahmatan
di mana . terdapat nya Malam Lailatul Qadar
terdapat Solat terawih

dimana bulan ini juga
setiap amalan manusia diperganda kan pahalanya .

dan bulan ini dituntut umat Islam untuk Berpuasa

PUASA

-Sekarang ni tengah puasa lah ni . lapar weh .-

ungkapan yang sering kita dengar
memang lah kita akan lapar .
saya sendiri sedang lapar .
tetapi
KELAPARAN tu merupakan pengorbanan kita untuk
ALLAH S.W.T

Seronok kan dapat berkorban demi seseorang
bahkan ini Allah . lagi seronok

-Wah . hari ni aku nak beli banyak makanan . macam macam aku nak beli-

bulan ramadhan ye ada bazaar ramadhan kan ?
mesti korang nak beli macam macam

WAIT !
STOP !
jangan membazir . beli sekadar keperluan okay ?
percayalah . korang beli banyak banyak .
susah nak abeskan . lain lah kalau saiz kapasiti perut korang muat kan .

-Allah . Penat nya bulan puasa ni . aish .. -

Hey come on lah . penat ke berpuasa ?
*memanglah penat
tapi cuba korang bayangkan .
zaman rasulullahh s.a.w
siap berperang masa bulan ramadhan . diaorang semua bukan penat . malah bertambah semangat .
sebab apa ?
sebab diaorang yakin dengan janji Allah
renungkan . :DD

-makcik siti : aish . budak zaman sekarang . bulan puasa pun nak merompak . apa nak jadilah aku pun tak tahu .-

pelik kan ? yelah . bulan puasa mana ada syaitan laknatullah .
aku tahu korang dah tahu punca benda benda ni berlaku .
sebab apa ?
NAFSU

ok . like this . sebelum datang bulan ramadhan . syaitan ada .
nafsu pun ada .
so syaitan merupakan penggerak nafsu kita .
tapi bila syaitan takde pon . benda macam ni berlaku .
so kita lah yg mengerakkan nafsu tu

Oleh itu . buat sesuatu tu . jangan lah ikut nafsu . faham ?

Kesimpulan nya



SELAMAT BERPUASA :D
Puasa jangan tak puasa .


12 Jun 2011

Dengan Izin Allah , Pasti Berlaku

Assalammualaikum w.b.t

Kepada Pelajar SBPI Selandar

Selamat Pulang Ke Asrama

Semoga Kita Menjadi Yang terbaik dari Semester Yang Lalu :D

InsyaAllah

Hati hati di Jalan Raya

02 Jun 2011

Ibu Bapa Segalanya


Assalammualaikum w.b.t

dah lama jari ni tak menari atas keyboard
:D

Ibu Bapa

Semua ada ibu bapa .
tapi . ada sestengah dari kita . tiada ibu bapa .
kesian
macam mana lah diaorang survive hidup diaorang kan ?

Korang pernah terfikir tak ?
hidup tanpa ibu dan bapa ?
mesti sangat susah .
sebab diaorang lah yang selalu bersama kita .
ya ! sekarang boleh lah korang cakap yang korang sayang awek or pakwe korang
sebab korang tak rasa kehilangan ibu bapa .

cuba fikir sejenak .
tiada ibu bapa kita .
tiada lah kita yang sekarang hidup di dunia ni .

kalau ibu bapa kita takda
dekat siapa kita nak mengadu ?
awek ?
pakwe ?
kawan ?
sahabat ?
cikgu ?
huh ! korang cuma boleh mengadu saja . tetapi tindakan selanjut nya ?
tiada kan ? diaorg hanya boleh dengar je .
tapi kalau ibu bapa kita .
korang mengadu . diaorang tak putus putus beri nasihat . kan ?

korang sedar tak ?
apa yang selama ni ibubapa kita buat .
SEMUA NYA !
untuk kebaikan kita sendiri .
untuk kebahagian kita sendiri .

cuba bayang kan
kalau ibu bapa kita tiada .
siapa nak beri makan minum kita ?
siapa nak bayar yuran yuran segala macam tu ?

ibubapa kita .
tak pernah minta kita apa apa .
kejayaan dunia akhirat yang mereka ingin untuk kita semua .
didikan diaorang untuk kita berjaya .
sikit pun diaorang tak pernah penat untuk jaga kita semua .

cubalah bayang .
macam mana kalau sekarang . ibu bapa kita tiba tiba pergi tinggal kan kita ?
apa kita nak buat ? nak menangis sampai keluar air mata darah ?
kita buat macam tu . diaorang tetap pergi menemui Nya .
tak sempat kita nak minta maaf kan ?
kita selau leka .
selalu lawan cakap diaorang .
dah tak sempat dah .
kadang kadang kita malu nak minta maaf kat ibu bapa semasa hayat nya .
kita selau tunggu hari raya baru minta maaf .
tak salah kita minta maaf kat diaorang selalu .
malah Allah lebih suka .

Aku tak sanggup kehilangan mereka .
siapa yang sanggup ?

ingat lah .

Ibu bapa segalanya bagi kita .
dan ingat lah perngobanan mereka terhadap kita dari kecil sampai kita dah berjaya sekarang .
korang tak kan dapat balas jasa diaorang .

maka . setiap hari . kita doakan kebahagian diaorang dunia dan akhirat .

Ibu Bapa Segalanya . . .

02 Mei 2011

Selamat Pulang

Assalammualaikum w.b.t

Selamat Pulang Kepada Saya Dan Para Pelajar SBPI Selandar

Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama

Insya Allah :)